Kami berdedikasi dalam memastikan para pelanggan menerima item dalam keadaan yang baik seperti yang dijanjikan, jadi semua item akan diperiksa sebelum dihantar. Walau bagaimanapun, produk berkemungkinan rosak sewaktu proses penghantaran.

Dalam hal yang sedemikian, kami akan menggantikan dengan produk yang baru ataupun kami menawarkan bayaran balik. Sila memaklumkan kepada kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima item pembelian, jika anda mendapati produk kami rosak.

Polisi ini hanya dapat dimanfaatkan dalam tempoh 3 hari selepas anda menerima bungkusan daripada syarikat kurier. Jika anda menjangkau tarikh tersebut dan masih berhasrat untuk mendapat bayaran balik, sila hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk bantuan selanjutnya.

Untuk permintaan bayaran balik, anda boleh menghantar emel kepada kami di “info@mywire.com.my”. Kami akan menyediakan dokumen untuk memproses tuntutan anda selepas pihak kami menilai kes anda.

Anda perlu memulangkan item yang rosak melalui POS. Item harus dipulangkan dengan segala kandungan asal (hadiah percuma, aksesori, pembungkusan asal dan lain-lain). Tanda nama dan label harus disertakan.

Proses bayaran balik akan bermula selepas kami menilai produk yang dihantar semula. Kami memerlukan 2 hari bekerja untuk proses penilaian. Kami akan menghantarkan emel kepada anda apabila proses penilaian ini lengkap. Jika item disahkan rosak, My Wire akan membayar balik kos penghantaran serta kos pembelian penuh ke akaun bank anda.

Pulangan item dan bayaran balik ditawarkan untuk produk yang rosak SAHAJA. My Wire tidak bertanggungjawab untuk item yang rosak dengan tidak sengaja ataupun produk guna pakai.

Item seperti berikut tidak layak untuk diberi bayaran balik :

1. Item yang diterima dalam keadaan baik

2. Item yang tidak memenuhi permintaan pelanggan

3. Item yang sudah diguna pakai

4. Pelanggan tukar fikiran untuk meneruskan pembelian item

Proses pembatalan tidak dibenarkan selepas anda melakukan pembayaran MELAINKAN JIKA pelanggan diberitahu bahawa item tidak dapat dihantar ke kawasan yang dipilih.